Klik untuk muat turun dan Refresh (F5) |
OBE QFacts diterbitkan bertujuan untuk membantu POLIMAS memperluaskan kesedaran OBE di kalangan masyarakatnya – pihak pengurusan, para pendidik, staf sokongan dan para pelajar dalam usaha pelaksanaan OBE. Ia disusun dengan ringkas dan mengandungi fakta-fakta yang mencukupi lagi mudah difahami oleh pembaca mengenai terminologi, pengetahuan umum dan konsep-konsep mengenai OBE.
Namun begitu, buku ini tidak bertujuan untuk memberi pengetahuan yang sepenuhnya mengenai OBE. Pembaca disarankan supaya berusaha memperolehi sumber-sumber penulisan lain di pasaran, nota-nota kursus atau di atas talian bagi memahami secara mendalam dan komprehensif mengenai OBE.
Pihak Jawatankuasa OBE POLIMAS mengalu-alukan sebarang ulasan dan cadangan penambahbaikan terhadap OBE QFacts. Usaha penambahbaikan berterusan akan dilaksanakan bagi peningkatan kualiti edisi akan datang.