Home

Saturday 8 December 2012

PRAKATA


Klik untuk muat turun dan Refresh (F5)
       Jawatankuasa Pelajaran Berasaskan Hasil (OBE) POLIMAS telah merangka beberapa strategi untuk memastikan kejayaan pelaksanaan OBE di institusi ini. Inisiatif menerbitkan OBE QFacts adalah hasil usaha kolektif jawatankuasa ini yang menjadi dokumen penting bagi menjayakan strategi-strategi ini.

OBE QFacts diterbitkan bertujuan untuk membantu POLIMAS memperluaskan kesedaran OBE di kalangan masyarakatnya – pihak pengurusan, para pendidik, staf sokongan dan para pelajar dalam usaha pelaksanaan OBE. Ia disusun dengan ringkas dan mengandungi fakta-fakta yang mencukupi lagi mudah difahami oleh pembaca mengenai terminologi, pengetahuan umum dan konsep-konsep mengenai OBE.

Namun begitu, buku ini tidak bertujuan untuk memberi pengetahuan yang sepenuhnya mengenai OBE. Pembaca disarankan supaya berusaha memperolehi sumber-sumber penulisan lain di pasaran, nota-nota kursus atau di atas talian bagi memahami secara mendalam dan komprehensif mengenai OBE.

Pihak Jawatankuasa OBE POLIMAS mengalu-alukan sebarang ulasan dan cadangan penambahbaikan terhadap OBE QFacts. Usaha penambahbaikan berterusan akan dilaksanakan bagi peningkatan kualiti edisi akan datang.